Saturday, April 14, 2012

~Genggam Gemilang SMK Maran 2012~

Assalamualaikum n hye semua..=)

Erm..bertemu kembali bersama JR..ceh kali ni gune name commersial JR(Jejaka Riderz) lah plak kan..hehhe
ok..kali ni Jr nk story mengenai suatu program yang JR join baru2 ni bersama kelab JR iaitu PERSIS..
Program ini dinamakan 'Genggam Gemilang SPM'

Program ini diadakan di SMK Maran dan berlangsung selama 3 hari bermula hari jumaat malam..Program ini khusus untuk budak2 SPM lah kan..Sape yang dah biasa join program tahulah program ini macam mane..program yang bagus untuk menaikkan motivasi pelajar dan sekali lagi aku menjadi fesi dalam program ini...best ke aku ni jadi fesi..kalo korang nk tahu..tanyelah budak2 itu sendiri...hahahaha
jum usha pic2 yang sempat di snap selama program ini berlangsung..=)



senam robik...

Perh..semangat aku bagi ceramah..hahaa


Apelah dorang wat ni..huhuhu


Korang selesaikanlah masalah ini..hahaa


Ape kena kamu2 ni...aduhai2...


Buat betol2..nnti xdapat mkn..hahaha


Team PERSIS Maran


Team PERSIS SMK Maran 2012

Friday, April 13, 2012

~Lynas Corporation~

Assalamualaikum n hye sume..=)

Ok..kali ni MG ade cerita terbaru nk share2 gan korang sume ni..story2 ni agak best..yelah tgh hot2 sekarang ni kn...hehhe
Ini die LYNAS..!!!
Yelah satu malaysia kecoh2 pasal Lynas ni merbahaya kan..so time 2 universiti MG ade ajur lawatan pg sane so ape lagi kenalah ambik peluang ni...nk tahu jugak same ade bahaya or x lynas ni...kalo dgr org cakp pun xgune..kite kena pergi sendiri..baru tahu kan..=)


Pemandangan luar Lynas...

ok..kat sini MG akan selitkan n ceritakan sedikit ape itu lynas and ape lynas wat..mungkin ramai yg xtahu lagi kan..jum kite bace..=)
mungkin agak panjang sket tp apa salahnya kalo kita bace sket kan..sebagai tambahan ilmu....
p/s: Mg ambik dari pamlet yg dorang bagi..hehehe


Apakah itu nadir bumi?

Elemen2 nadir bumi boleh didapati di seluruh dunia. Tetapi nadir bumi sangat sukar untuk didapati dalam kuantiti yang banyak dan mudah di akses. Nadir bumi biasanya sukar diekstrak dan sesebuah projeck boleh mengambil masa bertahun-tahun,malah berdekad-dekad untuk di majukan.Nadir bumi penting untuk teknologi hijau yang efisien seperti kenderaan hibrid,penjanaan kuasa angin,pencahayaan menggunakan tenaga yang rendah dan paparan skrin rata yang efisien.

Apakah standard yang digunakan oleh LAMP?

LAMP menggunakan standard antarabangsa dan kami telah mengesahkan dan mengguna pakai sepenuhnya standard2 ini sejak dari mula lagi. LAMP memenuhi peraturan2 kesihatan,keselamatan dan persekitaran yang antara terketat di dunia.

Mengapakah membina sebuah loji pemprosesan di Malaysia dan tidak di Australia?

Lynas telah membuka perniagaannya di Malaysia atas sebab2 ekonomi. Gebeng mempunyai sebuah taman perindustrian yang telah mantap dan ditetapkan dengan akses kepada kemudahan pelabuhan yang baik,bahan kimia bergred tinggi,tenaga kerja yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi,bekalan kuasa dan utiliti yang boleh dipercayai serta infrastruktur yang sungguh baik. Lynas memenuhi semua peraturan dan telah mendapat kelulusan untuk membina sebuah loji pemprosesan di Australia,tetapi telah memilih Malaysia kerana ia memudahkan kami
untuk berhubung dengan pelanggan2 global kami...

Adakah pekatan nadir bumi Lynas radioaktif?

Elemen2 nadir bumi secara sendirinya tiada radioaktif. Pekatan mineral tersebut mengandungi bahan radioaktif semula jadi pada aras yang rendah. Pekatan mineral mengandungi bahan radioaktif semula jadi kerap diangkut ke merata dunia untuk diproses. Oleh kerana pekatan mineral yang digunakan oleh LAMP mempunyai tahap radiasi yang rendah, ia diklasifikasikan sebagai selamat ,tidak toksik serta tidak berbahaya oleh semua standard antarabangsa.

Bagaimanakah pula dengan sisanya?

Salah satu daripada sisa LAMP mengandungi aras Torium yang sangat rendah. Lynas tidak mengestrak atau memekatkan Torium tersebut,maka tahap radiasi yang rendah masih berkekalan -dari bahan mentah sehinggalah ke proses pengangkutan,pemprosesan dan sisa.

Bagaimanakah pula dengan radiasinya?

Walaupun radiasi aras rendah adalah sebahagian daripada kehiudpan kata dan terdapat di sekeliling kita,namun kami memahami kebimbangan saudara dan mempunyai proses yang ketat untuk mengehadkan sebarang dedahan. Terdapat radiasi aras rendah daripada cahaya matahari dan peralatan seperti tv,radio,telefon mudah alih,komputer dan cahaya mentol dan daripada prosedur2 perubatan yang asas. Pendedahan kepada nadir bumi kami tidak memberikan risiko yang melebihi daripada apa yang dditerima seharian...

*untuk maklumat lanjut ,sila layari lynasandmalaysia.com



ok..tadi tu semua penerangan pasal Lynas..skrg MG tunjuk sket pic2 yang sempat MG snap kat sane..

Proses pembinaan






Bahan2 nadir bumi dan sisa...





Menunggu penceramah...huhuhu

MG di Lynas...


Itulah serba sedikit yang boleh kongsikan bersama...tp kalo nk tahu lebih detail lagi baik anda semua pergi sendiri tanye..Jgn dgr2 cakp org or bace dari paper2 or blog..kita nk tahu kena tanya pada tuan empunya badan..die lagi tahu semua..betol x..=)
oklah..Kite bertemu lagi di entry akan datang..=)