Tuesday, December 18, 2018

~My Konvokesyen~




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Wahhh...lame dah aku xtulis entry kat blog aku ni...memang bersawang lah nampak gayanya kan...hehe
banyak yang aku nk story2 sebenarnya tapi xtahu nak mulakan dengan apa dan bagaimana...amboi...hahaha

sebenarnya sepanjang masa ini ataupun selepas entry yang lalu macam2 perkara ataupun peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku ini..jadi hari ini aku nak cerita yang pertama iaitu hari konvokesyen masterku...

Pada oktober yang lalu..aku telah selamat menghadiri majlis konvokesyen masterku...alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan selamat...akhirnya aku telah memiliki segulung sarjana..

Aku memang berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses aku menghabiskan thesis aku itu.. Pada hari konvokesyen tersebut,mak abah mimi ain dan suami ain iaitu amir telah menghadirinya..aku dapat 2 bunga iaitu dari mak dan ain...tq girlz..
mimi plak belanja photo studio bersama-sama family aku...

Alhamdullilah semua dah selamat..lepas ni aku bercita-cita nak sambung phd plak...itu salah satu impian besar aku...aku harap aku dapat mencapainya secepat mungkin...amin...