Saturday, July 25, 2009

Kalimah Cinta....

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia....

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa..

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia....

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta.....

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa...

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian...

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku....


~kalimah cinta sesuatu yang begitu agung dan indah untuk diperkatakan serta dilafazkan oleh kata-kata oleh setiap insan..namun tidak ramai yang begitu menikmati keindahan cinta karya ciptaanNYA..janganlah merana kerna cinta kerana cinta itu bahagia, jangan memusuhi cinta kerna cinta itu mengubati dan janganlah membencikan cinta kerna cinta itu adalah untuk menyayangi tidak kira saat bahagia mahupun berduka ..~

2 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

jiwang sentiasa..huhu

Aryan Aryad said...

mane da...nasyid 2 bro..hehehe