Wednesday, June 30, 2010

Kasih seekor burung....





   
Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua rakan sekalian..

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah....



Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan penuh  kasih sayang...
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu dengan wajah yang amat yang sayu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian pasangannya itu dengan hiba...
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.... Hidupnya menjadi sepi....
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..
Manusia bagaimana? Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidupnya menjadi sepi...kita manusia......???
seperti yang sama2 dapat kita lihat begitu mendalamnya kasih sayang seekor burung terhadap pasangannya sehingga ia meratapi kematian pasangannya dengan penuh hiba dan kesedihan..bagaimanakah ia akan dapat mengharungi hidup tanpa kekasihnya yang menjadi penyeri dalam hidup...

No comments: