Tuesday, October 11, 2016

~Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hye semua...bertemu kembali lagi bersama saya ye...
Untuk enry kali ini agak special sket....hahhaa

Kali ini aku akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai ekspedisi yang baru aku lalui baru2 ini iaitu Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu pada 27-29 September 2016..

Aku sememangnya excited nak pg Gunung Kinabalu ni..iyelah sape2 yang bergelar hikerz pasti Gunung Kinabalu dalam list dorang kan...hehehe

Aku mengikuti kumpulan yang dianjurkan oleh group kastam dan ahli kami yang pergi semua adalah 9 orang termasuk acap...acap bukan kastam taw..hehehe

Total kos untuk kinabalu ni dalam pakej termasuk malim gunung 2 orang ialah lebih RM950..flight sendiri2 lah ye...

Hari Pertama

Hari pertama ini aku start dari Kinabalu Park lah ye..pada hari selasa 27/9. Kami smpai di Kinabalu Park dan stay di sana..maksudnya menginap di sanalah..xsilap aku stay kat Grace Hostel semalaman termasuk dinner dan breakfast..

Hari Kedua

Selepas breakfast dan dalam pukul 8.30pagi kami bermula pendakian di Timpohan Gate...pendakian sangat trill sebab terus straight naik atas wooo...lutut pun goyang...
trek kinabalu sehingga Laban Rata ni xdelah susah sgt sbb trek die mostly macam naik tangga...kaki dan stamina kena kuatlah..dan paling penting kena pandai kawal pernafasan sbb sini sejuk sangat...
sampai Laban Rata dalam tengah hari...bergantung pada stamina masing2 lah..ada yang sampai 5 jam 6 jam dan 7 jam masa pendakian...

Sampai di Laban Rata, kami terus lunch dan berehat..kat sini makanan bufet...pilih je nak makan ape..rase makanan jgn komplain..makan je sbb korang confirm akan lapar giler...hahaha
Lepas makan kebanyakan semua orang akan tido sepuasnya kerana pukul 2 pagi kena bangun dan teruskan ekspedisi..

Hari Ketiga


Merupakan hari kemuncak sebenarnya dan cabaran sebenar bermula disini..kami bangun bermula 1.30 pagi dan bersiap2 dan bersarapan dahulu...dalam pukul 2.30 pagi kami berangkat memulakan ekspedisi...cuaca sangat sejuk dan angin sangat kuat..udara pun rasenya nipis..sukar untuk bernafas sebenanrnya...aku plak memang xtahan sejuk..memang nk membeku rasenya...huaaaa..

Aku tetap gagah teruskan perjalanan sehingga ke sayat-sayat iaitu checkpoint terakhir sebelum sampai ke puncak..untuk sampai ke sayat-sayat pun dalam 3 jam jugak lah...perhhh
aku rehat lame kat sayat-sayat sbb kaki pun dah out dan nk recharge tenaga lagi sambil2 tggu org...

kemudian aku pun teruskan perjalanan sorang2 untuk ke puncak kerana org yang ditggu semua xlarat nk teruskan...cuaca sgt sejuk sbb 2 ramai yang xlarat..aku pun xlarat sebenarnya tp aku kuatkan mental..yeah dah datang jauh2 kenalah sampai puncak kan...itulah misi sebenar aku...

Aku teruskan pendakian dalam cuaca sejuk tu...panjat2 guna tali..time panjat tu gelap so xnmpaklah sgt laluan tu...tp bila cuaca dah semakin cerah,memang nampak bahayanya kerana kecuraman dia..so,bagi sesiapa nk mendaki tu  pastikan anda pakai kasut yang sesuai dan ada grip..jgnlah pakai kasut joging yang tapak licin..anda mungkin menempah maut...hehehe

Setelah menempuh pelbagai kesukaran akhirnya aku sampai puncak juga..alhamdulillah...memang sangat mengujakan sampai di atas tu.. aku xbanyak ambik gambar sgt sbb terlalu sejuk...xsilap aku suhu time tu -5 darjah celcius...aku lepak kat atas jap nikmati pemandangan...alhamdulillah cuaca amat baik dan terang...so daptlah tgk view2 yang menarik kat atas tu..

Selepas itu aku pun beransur untuk pulang..kena ikut balik jalan masa naik tadi...untuk balik ni...
turun dari puncak terus ke Laban Rata...sampai sana terus makan dan kemaskan barang2 dan lepas tu terus turun ke kinabalu park balik...xde nk tido2 lagi dah...
memang mencabar jugak time turun ni...dah lah sejuk ditambah dengan hujan lagi..halangan terbesar aku memang kesejukan sebenarnya...next time aku ada rezeki nak pergi lagi memang kena guna pakaian thermal dan wind breaker...

Dan akhirnya kami dah sampai kat kinabalu park..selepas siap makan kami pun berangkat pulang ke Kota Kinabalu...itulah sedikit sebanyak kisah aku...aku pun dah lama nk story tp xde masa plak kan..skrg baru ada kesempatan...korang bolehlah tgk pic2 yang sempat aku snap ni..enjoy the picture..hehhe




Sebelum pendakian bermula..otw nak pg Kinabalu Park


Bergambar dgn Acap dulu..hahhaa


Hye Mount Kinabalu..kita bersua nanti..hehhee

Hujung gunung yang famous..hahhaa



Donkey ears yang patah semasa gempa bumi sebelum ini...



Muka serius bhai..hehhee


Lepak dgn tuan najmi sambil mkn epal dulu..hehhee



Muka kepenatan..rehat2 sebentar...


Yeay..saya dah sampai puncak Gunung Kinabalu...yahoooo


Best experience I have...thumbs up for me..haha


Aku di puncak awan...rare tak..hehehe


Mengapai langit biru...huhhu




No comments: