Tuesday, December 18, 2018

~My Konvokesyen~




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Wahhh...lame dah aku xtulis entry kat blog aku ni...memang bersawang lah nampak gayanya kan...hehe
banyak yang aku nk story2 sebenarnya tapi xtahu nak mulakan dengan apa dan bagaimana...amboi...hahaha

sebenarnya sepanjang masa ini ataupun selepas entry yang lalu macam2 perkara ataupun peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku ini..jadi hari ini aku nak cerita yang pertama iaitu hari konvokesyen masterku...

Pada oktober yang lalu..aku telah selamat menghadiri majlis konvokesyen masterku...alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan selamat...akhirnya aku telah memiliki segulung sarjana..

Aku memang berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses aku menghabiskan thesis aku itu.. Pada hari konvokesyen tersebut,mak abah mimi ain dan suami ain iaitu amir telah menghadirinya..aku dapat 2 bunga iaitu dari mak dan ain...tq girlz..
mimi plak belanja photo studio bersama-sama family aku...

Alhamdullilah semua dah selamat..lepas ni aku bercita-cita nak sambung phd plak...itu salah satu impian besar aku...aku harap aku dapat mencapainya secepat mungkin...amin...




Monday, July 3, 2017

~Aidilfitri 2017~




                              بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua...bertemu kembali kita dalam entry yang baru untuk kali ini...
Erm..pejam celik pejam celik dah bulan Julai 2017 sebenarnye...dan tidak terlupa dan terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam diseluruh dunia...

Hari ini merupakan hari raya yang ke 11...so far raya aku biasa2 jelah..xde ape2 yg luar biasa sebenarnya...untuk tahun ini..aku dan adik2 aku telah cat rumah bagi cantik sket..tema warna rumah tahun ini ialah warna ungu..mostly kelengkapan aku yang buatlah kan...dari pilih cat dan cat semua...agak memenatkan sebenarnya sbb cat pada bulan puasa kan...alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...xdelah seteruk warna dulu dah berconteng bagai kan...
yelah tahun ni macam ramai adik2 aku nak kawin..so nak bagi seri sket rumah tu kan...

Aku tahun ni xbeli ape2 sangat untuk diri aku..baju raya memang xdelah..aku just beli sampin,beg galas dan dompet baru je..itu pun yg murah2 je...cukup syarat...
tahun ni aku terkilan sket sbb xdapt belanja raya untuk adik2 aku macam tahun lepas...kewangan aku tahun ni sangat teruk..fx punya pasal pun adelah ni...stress aku..aku macam xtahu nak buat ape lagi..aku berserah pada allah sahaja berkaitan fx aku tu..

Oklah..aku pun xde nak story banyak sangat..ala2 kadar je ni...saja nak menaip nak hilangkan bosan aku ni.. fikiran aku dah banyak melayang..hahhaha
meh sini aku share pic raya family aku untuk tahun ini...
pape pun..aku ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Gambar raya kami sekeluarga yang ada di pagi raya.... 


Kami bergambar candid....

Sunday, June 4, 2017

~Happy Birthday To Me~




                              بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua...bertemu kembali dalam entry yang baru kali ini...perhhh..lame jugak aku xupdate blog ni...erm..ntahlah...xde mood untuk menaip sebenarnya...aku pun xde perkara yang menarik untuk dikongsi bersama...rutin aku hampir same setiap hari...
hidup pun macam gelap masa depan je rasenya....hahhaa

oklah...sebenarnya...atau yang sebetulnya aku nk wish birthday kepada diri sendiri ni...Selamat Hari Jadi Norshim Hashim...semoga panjang umur dan murah rezeki serta happy2 selalu....

Aku macam nilah...setiap tahun same je...tahun ni aku celebrate sorng2 kat Mcd ni Kelana Jaya ni...sedey plak aku rasa...memang aku selalu ditakdirkan celebrate birthday sorang2 kan...same macam dulu2...aku yang dulu sama yang sekarang...

ingat tahun ni merupakan tahun terbaik bagi aku...tp terbalik plak..tahun ni macam2 yang teruk terjadi..terutama pasal Fx tu..aku sangat2 kecewa...banyak aku melabur..last2 rase macam nk lebur je..banyak yang tergendala tahun ni...
Macam2 aku dah plan dari tahun lepas semuanya tidak menjadi kenyataan..aku betol2 kecewa pasal tu..tahun ni birthday aku pun aku rase xbermakna dan tidak bermaya...

Aku pun dah malas nak berangan2 lagi dah...semua angan2 aku telah berkecai hendaknya...satu persatu telah hilang dari mimpiku..yang tinggal hanya pendustaan sahaja...

Oklah..aku nak sambung makan ni...
cume aku still nak berharap jugak semoga kehidupan aku selepas ini lebih baik lagi...amin....



Happy BIrthday to Me......




Monday, January 23, 2017

~My New Oven~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua..bertemu kembali kita sekali lagi dalam entry yang baru ini...semalam hari ahad,aku borink2 sampai petang..lepas 2 aku ambik keputusan nak jalan2 sket kat tesco...aku dah lame sebenarnya nak beli oven ini...yelah kononnnya nak masaka macam2 lah kan...ntah jadi ke ntah x...hahhaa

Aku beli oven ini dengan harga RM 248 kat tesco paradigm..aku baru gune sekali...so far oklah..aku sebenarnya dalam proses nak sadokan badan..aku kena banyak makan makanan dipanggang dan kurangkan minyak..aku kena cube jugak lepas ni..moral dah down skrg ni...ramai dah badan sado...aku je macam lopek...huhuhuuhu

Aku harap dengan adanya oven ni..pemakanan aku dapat dikawal dengan jayanya..hahhaa


My new oven...welcome to my life and be nice to me baby...huhuhu



Friday, December 30, 2016

~Selamat Tahun Baru 2017~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hye semua...wahhh...lame dah xupdate blog ni...dah bersawang dah ni...last update pun lepas daki kinabalu hari tu kan..erm..pejam celik pejam celik dah nak berakhir dah tahun 2016..hari ni 31/12/2016 hari sabtu...hari terakhir dalam 2016 ni..esok dah bermulanya tahun dan cabaran baru tahun 2017..

Jadi macam biasalah seperti ramai yang org lain buat...bye2 2016 welcome 2017 kan...
masing2 akan mengimbau kenangan sepanjang tahun 2016 ini...pelbagai rumusan yang akan diperolehi..apa yg sepatutnya perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan...

Tahun 2016 ini ade suka dan ada duka bagi aku...tp xrase sangat suka duka 2..
sbb baru nk suka dan duka datang plak...apalah nasib...hahhaa
aku cuma dapat berharap 2017 ni pelbagai impian aku akn tercapai..kalo nak cerita impian dan hasrat sampai esok xhabis2 lagi...

Perancangan aku 2017 ni banyaklah dan harap2 semuanya dipermudahkan Allah..
aku dah banyak menderita...aku nak jugak hidup bahagia dan ceria....

oklah...

SELAMAT TAHUN BARU 2017!!!!


Tuesday, October 11, 2016

~Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hye semua...bertemu kembali lagi bersama saya ye...
Untuk enry kali ini agak special sket....hahhaa

Kali ini aku akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai ekspedisi yang baru aku lalui baru2 ini iaitu Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu pada 27-29 September 2016..

Aku sememangnya excited nak pg Gunung Kinabalu ni..iyelah sape2 yang bergelar hikerz pasti Gunung Kinabalu dalam list dorang kan...hehehe

Aku mengikuti kumpulan yang dianjurkan oleh group kastam dan ahli kami yang pergi semua adalah 9 orang termasuk acap...acap bukan kastam taw..hehehe

Total kos untuk kinabalu ni dalam pakej termasuk malim gunung 2 orang ialah lebih RM950..flight sendiri2 lah ye...

Hari Pertama

Hari pertama ini aku start dari Kinabalu Park lah ye..pada hari selasa 27/9. Kami smpai di Kinabalu Park dan stay di sana..maksudnya menginap di sanalah..xsilap aku stay kat Grace Hostel semalaman termasuk dinner dan breakfast..

Hari Kedua

Selepas breakfast dan dalam pukul 8.30pagi kami bermula pendakian di Timpohan Gate...pendakian sangat trill sebab terus straight naik atas wooo...lutut pun goyang...
trek kinabalu sehingga Laban Rata ni xdelah susah sgt sbb trek die mostly macam naik tangga...kaki dan stamina kena kuatlah..dan paling penting kena pandai kawal pernafasan sbb sini sejuk sangat...
sampai Laban Rata dalam tengah hari...bergantung pada stamina masing2 lah..ada yang sampai 5 jam 6 jam dan 7 jam masa pendakian...

Sampai di Laban Rata, kami terus lunch dan berehat..kat sini makanan bufet...pilih je nak makan ape..rase makanan jgn komplain..makan je sbb korang confirm akan lapar giler...hahaha
Lepas makan kebanyakan semua orang akan tido sepuasnya kerana pukul 2 pagi kena bangun dan teruskan ekspedisi..

Hari Ketiga


Merupakan hari kemuncak sebenarnya dan cabaran sebenar bermula disini..kami bangun bermula 1.30 pagi dan bersiap2 dan bersarapan dahulu...dalam pukul 2.30 pagi kami berangkat memulakan ekspedisi...cuaca sangat sejuk dan angin sangat kuat..udara pun rasenya nipis..sukar untuk bernafas sebenanrnya...aku plak memang xtahan sejuk..memang nk membeku rasenya...huaaaa..

Aku tetap gagah teruskan perjalanan sehingga ke sayat-sayat iaitu checkpoint terakhir sebelum sampai ke puncak..untuk sampai ke sayat-sayat pun dalam 3 jam jugak lah...perhhh
aku rehat lame kat sayat-sayat sbb kaki pun dah out dan nk recharge tenaga lagi sambil2 tggu org...

kemudian aku pun teruskan perjalanan sorang2 untuk ke puncak kerana org yang ditggu semua xlarat nk teruskan...cuaca sgt sejuk sbb 2 ramai yang xlarat..aku pun xlarat sebenarnya tp aku kuatkan mental..yeah dah datang jauh2 kenalah sampai puncak kan...itulah misi sebenar aku...

Aku teruskan pendakian dalam cuaca sejuk tu...panjat2 guna tali..time panjat tu gelap so xnmpaklah sgt laluan tu...tp bila cuaca dah semakin cerah,memang nampak bahayanya kerana kecuraman dia..so,bagi sesiapa nk mendaki tu  pastikan anda pakai kasut yang sesuai dan ada grip..jgnlah pakai kasut joging yang tapak licin..anda mungkin menempah maut...hehehe

Setelah menempuh pelbagai kesukaran akhirnya aku sampai puncak juga..alhamdulillah...memang sangat mengujakan sampai di atas tu.. aku xbanyak ambik gambar sgt sbb terlalu sejuk...xsilap aku suhu time tu -5 darjah celcius...aku lepak kat atas jap nikmati pemandangan...alhamdulillah cuaca amat baik dan terang...so daptlah tgk view2 yang menarik kat atas tu..

Selepas itu aku pun beransur untuk pulang..kena ikut balik jalan masa naik tadi...untuk balik ni...
turun dari puncak terus ke Laban Rata...sampai sana terus makan dan kemaskan barang2 dan lepas tu terus turun ke kinabalu park balik...xde nk tido2 lagi dah...
memang mencabar jugak time turun ni...dah lah sejuk ditambah dengan hujan lagi..halangan terbesar aku memang kesejukan sebenarnya...next time aku ada rezeki nak pergi lagi memang kena guna pakaian thermal dan wind breaker...

Dan akhirnya kami dah sampai kat kinabalu park..selepas siap makan kami pun berangkat pulang ke Kota Kinabalu...itulah sedikit sebanyak kisah aku...aku pun dah lama nk story tp xde masa plak kan..skrg baru ada kesempatan...korang bolehlah tgk pic2 yang sempat aku snap ni..enjoy the picture..hehhe




Sebelum pendakian bermula..otw nak pg Kinabalu Park


Bergambar dgn Acap dulu..hahhaa


Hye Mount Kinabalu..kita bersua nanti..hehhee

Hujung gunung yang famous..hahhaa



Donkey ears yang patah semasa gempa bumi sebelum ini...



Muka serius bhai..hehhee


Lepak dgn tuan najmi sambil mkn epal dulu..hehhee



Muka kepenatan..rehat2 sebentar...


Yeay..saya dah sampai puncak Gunung Kinabalu...yahoooo


Best experience I have...thumbs up for me..haha


Aku di puncak awan...rare tak..hehehe


Mengapai langit biru...huhhu




Friday, September 9, 2016

~Beli Aset~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua...aku kembali lagi dengan entry baru...
berdasarkan keadaan kewangan aku yang hampir stabil skrg...aku fikir nak beli aset..dalam beberapa bulan ni aku mencari-cari tanah untuk dibeli..macam2 tempat aku pergi..
macam2 tanah aku jumpe..lease hold,freehold,geran kongsi dan pelbagai lagi...

Mula2 aku jumpe banyak tanah murah2 tp rupanya geran kongsi..kat selangor ni banyak geran2 kongsi tp aku xtahu berbaloi ke x kalo beli tanah jenis macam ni...

Baru2 ni aku dah jumpe tanah yang sangat aku minat iaitu kat sungai merab,bangi..aku dah pg lihat tanah ni..cukup strategik lah kan...walaupun dekat kawasan kampung2 tp dekat sangat dengan bandar bangi dan putrajaya..senang cerita semua dekat la kan...

kawan aku perkenalkan tanah ni..die pun dalam proses pembelian...aku pun berminat lah jugak kan...
aku pilih lot num 7..korang tgklah dalam pic di bawah ye nanti..harga dalam rm200k++..
agak mencabar jugaklah bayarannya...aku try apply dengan guna loan gomen..harap2 semuanya berjalan dengan lancar..harap semua tolong doakanlah ye..amin...


Lot aku num 7..hehe


S and P..first time aku tgk ni...huhu

~Upgrade Ekzoz dan Head Lamp~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




Hye semua...lame gila xupdate blog aku ni kan..dah bersawang dah ni kan..ingatkan rase macam xnk wujudkan lagi.hehhee

Erm..sepanjang ketiadaan aku dalam blog ni...pelbagai dah berlaku..nak cerita dari mula macam dah xsempat dah..hehehe
mungkin dari masa ke semasa aku akan update lepas ni lah kan...harap2 dah xbersawang lagi lah kan...=)

Skrg ni aku banyak habiskan duit kat kereta aku ni..macam2 dah aku modified..beriban-riban habis dah ni..huhuhu

Yang terbaru ni aku baru upgrade ekzoz kereta aku...total semua habis dalam rm2k ni..garu kepala aku..nasib baik ade duit lebih...hehhee
aku buat full ekzoz start dari extractor sampailah muffler termasuk piping baru...bunyi xpayah cakp lah kan...mengaum-ngaum....

selain itu aku tukar head lamp lampu aku...sakit hati aku dengan head lamp lame 2..asyik rosak je dan lampu plak xterang..


Ekzoz baru persona evo aku...straight flow ekzoz...


Head lamp persona evo baru....huuhu



Tuesday, January 5, 2016

~Tahun Baru 2016~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hye semua....pejam celik dah masuk tahun baru rupanya...rase kejap plak kan...
erm..umur aku pun dah menigkat...bila dah masuk tahun baru ni..macam2 azam baru lah muncul kan..hehe
tahun lepas aku celebrate tahun baru sorang2..tahun ni pun same jugak...
kecewa sket untuk tahun ni untuk permulaan...
xpelah..masa masih panjang lagi...

untuk azam tahun ni...macam2 nk capai sebenarnya...susah nak cakp...
aku cume inginkan hidup aku lebih bahagia sahaja...
ingat tahun ni nak kawen tp dah xkesampaian plak...
duit kawen aku simpan 2 buat beli motor jelah kan...xpun beli rumah..aku masih memikirkannya lagi...

Aku harap tahun ni macam2 kejayaan yang aku akan kecapi...xnk dah sedey2 macam tahun 2015..
aku rase tersiksa sangat...
aku kena lupakan segala kenangan pahit aku...hidup mesti diteruskan...
sedey2 pun xguna..orang xhargai kita lebih baik kita undur diri kan...

Aku harap dapat habiskan master tahun ni...lepas 2 aku nk pergi meratau...hehhee
semoga segalanya dipermudahkan...amin....


 Travel with my baby....hensem x..hehehe

Gaya 2016.....

Tuesday, November 10, 2015

~Trow Back~ Tasik Kenyir ~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua....bertemu kembali dalam entry AA kali ini...huhuhu
Oklah...sebenanrnya entry kali ini adalah throwback cerita2 lalu yang xsempat AA nak bagitahu kan...bukan ape..busy sangat..dengan kerja lagi study lagi...semua jadi kelam kabut..nak update blog pun xde masa dah..huhu

Baiklah..entry akli ni nk story sket mengenai trip ke Tasik Kenyir bersama team Kastam Kuala Lumpur bulan Oktober baru2 ni...
Sebenarnya nak melawat bebas cukai yang akan ditempatkan di Tasik Kenyir dan beramah mesra dengan penduduk setempat..

Lawatan ini 2 hari satu malam..kami berangkat dari Kastam KL ke Tasik Kenyir dengan menaiki bas..sangat memenatkan sebenarnya..yelah...dah lama kan xnaik bas...asyik naik kereta je kan...huhuhu
kat sane selepas taklimat2 dan taklimat gst, kami pun menaiki boathouse yang disewa...duduklah kami dalam boathouse 2..nampak best x..first time naik boathouse ni..hehehee


Inilah boathouse kami...huhuhu


Hari pertama kami bersiar-siar menaiki bot selepas 2 pg mandi air terjun..malam plak kami mulakan aktiviti memancing..aku n sape2 xmancing berkaroklah ramai2...hehhehe
Hari berikutnya,kami pg melawat kolam ikan kelah..ikan kat sini semua jinak2...sempat lagi bergambar dan beramah mesra dengan ikan2..jum lah tgk pic2 yang sempat aku upload ni..hehhee

Selamat Datang ke Santuari Kelah

bermandi-manda dengan ikan..huhhu

With my friend..=)

Mari-mari sape nak makan...hahhaa

Oppsss...terlepas plak..hehhee

with kak El...

Sabar-sabar...banyak makanan lagi ni...

Alamak..ikan nk melompat plak....

Meh sini,aku nk pegang kau ikan..hehee

Jambatan gantung...

Ramai x peminat saya..hahha

Sebenarnya sangat geli ikan gigit2..huhuhu


Ikan meronta-ronta...

Susahnya nak pegang ikan ni...

Jum massage kaki dulu..hehhee

Hentian 1

That's me...gemuk plak rasenya...hahhaa...=)

Wednesday, September 23, 2015

~Beg Galas Baru~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua..bertemu kembali bersama saya Aryan Aryad..ok kali ni pun sama..xnk celoteh panjang2..aku pun busy sgt2 kebelakangan ini...

Sebenarnya saja je nak bagitahu aku dah beli beg galas baru..cantik x?..hehe
seperti yang sedia maklum beg galas aku yang lama dah terlalu uzur dah..dah setahun lebih aku pakai..dah koyak macam2 dah..so, aku pun ambilah keputusan nak beli beg baru..hehehee

Aku beli beg ni menerusi online..beg kulit ni..berkenan aku gan beg ni...hehe
beg ni agak besar dari yang dulu..boleh simpan macam2...
sekarang ni macam2 benda nak kena bawak termasuk lah vape baru aku 2 kan..so,kenalah pakai beg besar sket..so,skrg impian dah tercapai...tahniah kepada aku...hehhehe



My new Bag.....





~Vaperian~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hye semua...xde banyak nak di katakan...cume nak bagitahu aku dah beli vape...hahhaa
ni xtahu macam mane boleh terjebak dalam bab2 vape ni..hahhaa

vapour ni aku baru beli total kos dalam RM500 gak lah...fuuhh..xsangka aku sanggup berabis duit untuk benda ni..konon nak benti rokok lah katakan..

pape pun selamat bervape kepada aku..hahaahaha



My vapour

Friday, September 11, 2015

~MC lagi..aduhai....~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua..bertemu kembali lagi bersama saya...
enrty kali ni simple2 je..malas nak panjang2 sangat..yelah,badan pun masih xsihat lagi kan..
hari khamis,semalam lah kan..mase keje dalam kul 10 pagi..aku nak ambik air kat pantri..sedang aku tunduk nak ambik air..tibe2 belakang aku cram dan sakit sangat..xboleh nak gerak..macam tibe2 nak lumpuh satu badan..aku pun xlarat nak gerak dan kena jalan slow2 nak pangil org..
member opis aku yang lain nampak aku dalam kesakitan..dorang papah aku dan telefon ambulans...

Puan Su(bos aku) dah panic dah..yang lain2 pun panic..aku pun panic gak..xpernah aku macam 2..xtahan sakit sangat...xlama 2 ambulance pun datang..aku naik lah ambulance dan pg kat PPUM..
sampai sane doktor bagilah ubat tahan sakit..cucuk kat tangan aku...
baru lega sket..doktor cakap kalo sakit lagi kena pg kat hospital serdang sbb kat sane ade rekod aku..senang bagi urusan dorang..aku pun iyakan jelah kan...
so,dapatlah MC lagi selama 2 hari..isnin dah kena keje balik..huaaa

akau harap cepat2 lah baik sakit aku ni...macam2 aktiviti aku xboleh buat skrg.nak naik moto pun susah...semoga segalanya berjalan lancar..amin....



 Sakit tangan asyik kena cucuk je...

Dapat MC lagi...huhuhu

Sunday, September 6, 2015

~Tak Dapat Tido~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hye semua...skrg dah pukul 3.33 pagi..aku masih xboleh pejam mata untuk tido..ntahlah..macam2 benda yang aku fikirkan kot..serabut kepala hotak..lagipun esok dah mula start keje dan start kelas...
rase pelik plak..mungkin badan dan minda aku rase terkejut kot kan..

Aku xboleh tido dan xtahu nak wat ape..so terfikirlah nak update blog aku ni jap kan..
ni petang tadi aku gan mak pg puchong..cari barang kahwin nasir..nak cari barang2 untuk hadiah cenderahati katanya...so,kami pglah lah mydin puchong 2..
aku pun alang2 shopping lah sket...beli buku dan botol air..
aku terkejut buku yang dibeli harga RM 21.90..terkejut aku..aduhai2..botol air plak harga RM19.90...
sedeynya...xpelah..aku redha jelah..benda dah beli...

Aku beli buku ni sebab untuk tulis2 note master akulah kononnya...buku ni colour2..senang sket..4 subjeck gune satu buku je..xdelah serabut sangatkan..aku pun bukan tulis banyak sangat pun..huhuhu

Botol air plak sebenarnya saja je..xde keje...nak habiskan duit je aku ni..xtahu bukan senang nak cari duit ni...aku beli botol ni sbb nak isi air je...nak minum dalam office...bosan plak minum air kosong dalam cawan kan..rase xsedap plak..hahahaha


 Ni lah bukunya....

Botol air baru...

So,esok dah start keje dan belajar..semoga segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya...
amin...

Saturday, August 29, 2015

~Lelong-Lelong~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua..kembali lagi untuk entry baru kali ini...
lelong2..ape itu lelong..??
secara kasarnya leong itu ialah suatu barangan atau hartanah yang telah digunakan yang dijual semula secara bidaan...itu definasi aku taw...hehehhe

Sebenarnya baru2 ni aku baru sahaja memasuki tempat lelongan rumah yang di adakan di Megan Avenue 2,Kuala Lumpur...sejak aku sakit hari 2..aku tiba2 berminat pulak dengan hartanah..aku pun usha2 lah hartanah yang ada di Malaysia..rupa-rupanya macam2 rumah lelong yang ada,..nak atau xnk je skrg ni..selepas aku keluar hospital macam2 tempat rumah lelong aku pergi...sampai port dickson..macam2 agen aku jumpe...dan secara tidak langsung aku belajar selok-belok hartanah ni..rupanya senang giler buat duit dengan rumah lelong ni taw...aku pun rase nak wat je...cume perlu ada duit sket lah..sbb benda ni melibatkan duit..nak duit kena bagi duit..itu biasa dalam dunia lelong..

Sambung balik cerita lelong kat KL tadi..aku datang gan nuruddin jumpa agen aku kat sane..
aku berminat nak beli rumah lelong kat seremban 2..rumah apartment kos rendah...harga permulaan RM43000...Aku pun buatlah bank draf...first time buat bank draf gak ni..semuanya memang first time..dah serah cek kat kaunter...pas 2 tggu lah permulaan bidaan pada pukul 3.30 petang..

Pada hari tersebut,ada lebih kurang 30 rumah untuk di lelong...
semasa lelong 2 sangat meriah jugak...berebut2 orang angkat bendera untuk lawan bid...
bile turn aku plak...sebelum tu ada seorang agen ni...die nak sangat rumah ni..pada mulanya die offer aku dan agen aku RM 1k suruh tarik diri...tp aku xnk...sbb aku nk rumah 2...pas 2 bincang punya bincang gan agen aku..kitorang mintak 3k dan agen satu lagi 2 setuju..so,bila time bid..harga bukak rm 43k..pas 2 agen 2 angkat jadi 45k..aku pun xangkatlah..so,dielah menang...senang je kan...
pas 2 die bagilah rm3k kat kitorang cash...aku bahagi 2 lah dengan agen aku...macam 2 lah ceritanya..senang2 je dapat duit macam 2.. cuba bayangkan kalo hari2 macam 2..
sehari agen satu rumah kalo menang dapat komisyen 2k, sebulan brape dah..banyak siot duit dorang...skrg aku dah paham situasi rumah lelong ni macam mana...

Mungkin aku xde rezeki kali ni..sbb aku pun masih ragu2 sebenarnya..yelah..aku masih baru lagi..nak beli rumah pun takut2 lagi..aku sebenarnya kalau boleh nak beli rumah kat area serdang...xnak lah jauh2..itu yang penting sebenarnya...bila jauh2 ni rase risau plak..yelah macam2 nak kena pk dan buat..nak kena repair lagi..maintainance lagi..macam2 lah...itu peneng kepala gak 2 taw..

Tp xpelah yang penting aku dah dapat satu ilmu baru mengenai rumah lelong...
insyaallah bila aku dah stabil nanti mungkin baru aku menceburi bidang ni..skrg ni aku tenteram kan emosi aku dulu... aku xboleh rakus sangat..bahaya untuk aku...huhuhu

 Suasana di tempat lelong..time nak start ramai lagi ni...

Tempat lelong....

Monday, August 24, 2015

~Lagu Cinta~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Entry kali ni not much to say...Just want to share this new song that i always heard lately..
nice song and sometimes i thought it might related to my life today...


Cinta bukan hanya harapan...
cinta tapi kepastian...
cinta bukan menyakiti hati....
dalam lagu ada cerita..
dalam cerita ada cinta...
dalam cinta ada aku...
itulah lagu cinta.....



Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu

Cinta bukan hanya harapan

Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada

Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu

Cinta bukan hanya harapan

Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada

Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta