Monday, January 23, 2017

~My New Oven~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua..bertemu kembali kita sekali lagi dalam entry yang baru ini...semalam hari ahad,aku borink2 sampai petang..lepas 2 aku ambik keputusan nak jalan2 sket kat tesco...aku dah lame sebenarnya nak beli oven ini...yelah kononnnya nak masaka macam2 lah kan...ntah jadi ke ntah x...hahhaa

Aku beli oven ini dengan harga RM 248 kat tesco paradigm..aku baru gune sekali...so far oklah..aku sebenarnya dalam proses nak sadokan badan..aku kena banyak makan makanan dipanggang dan kurangkan minyak..aku kena cube jugak lepas ni..moral dah down skrg ni...ramai dah badan sado...aku je macam lopek...huhuhuuhu

Aku harap dengan adanya oven ni..pemakanan aku dapat dikawal dengan jayanya..hahhaa


My new oven...welcome to my life and be nice to me baby...huhuhu



Friday, December 30, 2016

~Selamat Tahun Baru 2017~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hye semua...wahhh...lame dah xupdate blog ni...dah bersawang dah ni...last update pun lepas daki kinabalu hari tu kan..erm..pejam celik pejam celik dah nak berakhir dah tahun 2016..hari ni 31/12/2016 hari sabtu...hari terakhir dalam 2016 ni..esok dah bermulanya tahun dan cabaran baru tahun 2017..

Jadi macam biasalah seperti ramai yang org lain buat...bye2 2016 welcome 2017 kan...
masing2 akan mengimbau kenangan sepanjang tahun 2016 ini...pelbagai rumusan yang akan diperolehi..apa yg sepatutnya perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan...

Tahun 2016 ini ade suka dan ada duka bagi aku...tp xrase sangat suka duka 2..
sbb baru nk suka dan duka datang plak...apalah nasib...hahhaa
aku cuma dapat berharap 2017 ni pelbagai impian aku akn tercapai..kalo nak cerita impian dan hasrat sampai esok xhabis2 lagi...

Perancangan aku 2017 ni banyaklah dan harap2 semuanya dipermudahkan Allah..
aku dah banyak menderita...aku nak jugak hidup bahagia dan ceria....

oklah...

SELAMAT TAHUN BARU 2017!!!!


Tuesday, October 11, 2016

~Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hye semua...bertemu kembali lagi bersama saya ye...
Untuk enry kali ini agak special sket....hahhaa

Kali ini aku akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai ekspedisi yang baru aku lalui baru2 ini iaitu Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu pada 27-29 September 2016..

Aku sememangnya excited nak pg Gunung Kinabalu ni..iyelah sape2 yang bergelar hikerz pasti Gunung Kinabalu dalam list dorang kan...hehehe

Aku mengikuti kumpulan yang dianjurkan oleh group kastam dan ahli kami yang pergi semua adalah 9 orang termasuk acap...acap bukan kastam taw..hehehe

Total kos untuk kinabalu ni dalam pakej termasuk malim gunung 2 orang ialah lebih RM950..flight sendiri2 lah ye...

Hari Pertama

Hari pertama ini aku start dari Kinabalu Park lah ye..pada hari selasa 27/9. Kami smpai di Kinabalu Park dan stay di sana..maksudnya menginap di sanalah..xsilap aku stay kat Grace Hostel semalaman termasuk dinner dan breakfast..

Hari Kedua

Selepas breakfast dan dalam pukul 8.30pagi kami bermula pendakian di Timpohan Gate...pendakian sangat trill sebab terus straight naik atas wooo...lutut pun goyang...
trek kinabalu sehingga Laban Rata ni xdelah susah sgt sbb trek die mostly macam naik tangga...kaki dan stamina kena kuatlah..dan paling penting kena pandai kawal pernafasan sbb sini sejuk sangat...
sampai Laban Rata dalam tengah hari...bergantung pada stamina masing2 lah..ada yang sampai 5 jam 6 jam dan 7 jam masa pendakian...

Sampai di Laban Rata, kami terus lunch dan berehat..kat sini makanan bufet...pilih je nak makan ape..rase makanan jgn komplain..makan je sbb korang confirm akan lapar giler...hahaha
Lepas makan kebanyakan semua orang akan tido sepuasnya kerana pukul 2 pagi kena bangun dan teruskan ekspedisi..

Hari Ketiga


Merupakan hari kemuncak sebenarnya dan cabaran sebenar bermula disini..kami bangun bermula 1.30 pagi dan bersiap2 dan bersarapan dahulu...dalam pukul 2.30 pagi kami berangkat memulakan ekspedisi...cuaca sangat sejuk dan angin sangat kuat..udara pun rasenya nipis..sukar untuk bernafas sebenanrnya...aku plak memang xtahan sejuk..memang nk membeku rasenya...huaaaa..

Aku tetap gagah teruskan perjalanan sehingga ke sayat-sayat iaitu checkpoint terakhir sebelum sampai ke puncak..untuk sampai ke sayat-sayat pun dalam 3 jam jugak lah...perhhh
aku rehat lame kat sayat-sayat sbb kaki pun dah out dan nk recharge tenaga lagi sambil2 tggu org...

kemudian aku pun teruskan perjalanan sorang2 untuk ke puncak kerana org yang ditggu semua xlarat nk teruskan...cuaca sgt sejuk sbb 2 ramai yang xlarat..aku pun xlarat sebenarnya tp aku kuatkan mental..yeah dah datang jauh2 kenalah sampai puncak kan...itulah misi sebenar aku...

Aku teruskan pendakian dalam cuaca sejuk tu...panjat2 guna tali..time panjat tu gelap so xnmpaklah sgt laluan tu...tp bila cuaca dah semakin cerah,memang nampak bahayanya kerana kecuraman dia..so,bagi sesiapa nk mendaki tu  pastikan anda pakai kasut yang sesuai dan ada grip..jgnlah pakai kasut joging yang tapak licin..anda mungkin menempah maut...hehehe

Setelah menempuh pelbagai kesukaran akhirnya aku sampai puncak juga..alhamdulillah...memang sangat mengujakan sampai di atas tu.. aku xbanyak ambik gambar sgt sbb terlalu sejuk...xsilap aku suhu time tu -5 darjah celcius...aku lepak kat atas jap nikmati pemandangan...alhamdulillah cuaca amat baik dan terang...so daptlah tgk view2 yang menarik kat atas tu..

Selepas itu aku pun beransur untuk pulang..kena ikut balik jalan masa naik tadi...untuk balik ni...
turun dari puncak terus ke Laban Rata...sampai sana terus makan dan kemaskan barang2 dan lepas tu terus turun ke kinabalu park balik...xde nk tido2 lagi dah...
memang mencabar jugak time turun ni...dah lah sejuk ditambah dengan hujan lagi..halangan terbesar aku memang kesejukan sebenarnya...next time aku ada rezeki nak pergi lagi memang kena guna pakaian thermal dan wind breaker...

Dan akhirnya kami dah sampai kat kinabalu park..selepas siap makan kami pun berangkat pulang ke Kota Kinabalu...itulah sedikit sebanyak kisah aku...aku pun dah lama nk story tp xde masa plak kan..skrg baru ada kesempatan...korang bolehlah tgk pic2 yang sempat aku snap ni..enjoy the picture..hehhe




Sebelum pendakian bermula..otw nak pg Kinabalu Park


Bergambar dgn Acap dulu..hahhaa


Hye Mount Kinabalu..kita bersua nanti..hehhee

Hujung gunung yang famous..hahhaa



Donkey ears yang patah semasa gempa bumi sebelum ini...



Muka serius bhai..hehhee


Lepak dgn tuan najmi sambil mkn epal dulu..hehhee



Muka kepenatan..rehat2 sebentar...


Yeay..saya dah sampai puncak Gunung Kinabalu...yahoooo


Best experience I have...thumbs up for me..haha


Aku di puncak awan...rare tak..hehehe


Mengapai langit biru...huhhu




Friday, September 9, 2016

~Beli Aset~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua...aku kembali lagi dengan entry baru...
berdasarkan keadaan kewangan aku yang hampir stabil skrg...aku fikir nak beli aset..dalam beberapa bulan ni aku mencari-cari tanah untuk dibeli..macam2 tempat aku pergi..
macam2 tanah aku jumpe..lease hold,freehold,geran kongsi dan pelbagai lagi...

Mula2 aku jumpe banyak tanah murah2 tp rupanya geran kongsi..kat selangor ni banyak geran2 kongsi tp aku xtahu berbaloi ke x kalo beli tanah jenis macam ni...

Baru2 ni aku dah jumpe tanah yang sangat aku minat iaitu kat sungai merab,bangi..aku dah pg lihat tanah ni..cukup strategik lah kan...walaupun dekat kawasan kampung2 tp dekat sangat dengan bandar bangi dan putrajaya..senang cerita semua dekat la kan...

kawan aku perkenalkan tanah ni..die pun dalam proses pembelian...aku pun berminat lah jugak kan...
aku pilih lot num 7..korang tgklah dalam pic di bawah ye nanti..harga dalam rm200k++..
agak mencabar jugaklah bayarannya...aku try apply dengan guna loan gomen..harap2 semuanya berjalan dengan lancar..harap semua tolong doakanlah ye..amin...


Lot aku num 7..hehe


S and P..first time aku tgk ni...huhu

~Upgrade Ekzoz dan Head Lamp~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




Hye semua...lame gila xupdate blog aku ni kan..dah bersawang dah ni kan..ingatkan rase macam xnk wujudkan lagi.hehhee

Erm..sepanjang ketiadaan aku dalam blog ni...pelbagai dah berlaku..nak cerita dari mula macam dah xsempat dah..hehehe
mungkin dari masa ke semasa aku akan update lepas ni lah kan...harap2 dah xbersawang lagi lah kan...=)

Skrg ni aku banyak habiskan duit kat kereta aku ni..macam2 dah aku modified..beriban-riban habis dah ni..huhuhu

Yang terbaru ni aku baru upgrade ekzoz kereta aku...total semua habis dalam rm2k ni..garu kepala aku..nasib baik ade duit lebih...hehhee
aku buat full ekzoz start dari extractor sampailah muffler termasuk piping baru...bunyi xpayah cakp lah kan...mengaum-ngaum....

selain itu aku tukar head lamp lampu aku...sakit hati aku dengan head lamp lame 2..asyik rosak je dan lampu plak xterang..


Ekzoz baru persona evo aku...straight flow ekzoz...


Head lamp persona evo baru....huuhu



Tuesday, January 5, 2016

~Tahun Baru 2016~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hye semua....pejam celik dah masuk tahun baru rupanya...rase kejap plak kan...
erm..umur aku pun dah menigkat...bila dah masuk tahun baru ni..macam2 azam baru lah muncul kan..hehe
tahun lepas aku celebrate tahun baru sorang2..tahun ni pun same jugak...
kecewa sket untuk tahun ni untuk permulaan...
xpelah..masa masih panjang lagi...

untuk azam tahun ni...macam2 nk capai sebenarnya...susah nak cakp...
aku cume inginkan hidup aku lebih bahagia sahaja...
ingat tahun ni nak kawen tp dah xkesampaian plak...
duit kawen aku simpan 2 buat beli motor jelah kan...xpun beli rumah..aku masih memikirkannya lagi...

Aku harap tahun ni macam2 kejayaan yang aku akan kecapi...xnk dah sedey2 macam tahun 2015..
aku rase tersiksa sangat...
aku kena lupakan segala kenangan pahit aku...hidup mesti diteruskan...
sedey2 pun xguna..orang xhargai kita lebih baik kita undur diri kan...

Aku harap dapat habiskan master tahun ni...lepas 2 aku nk pergi meratau...hehhee
semoga segalanya dipermudahkan...amin....


 Travel with my baby....hensem x..hehehe

Gaya 2016.....

Tuesday, November 10, 2015

~Trow Back~ Tasik Kenyir ~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hye semua....bertemu kembali dalam entry AA kali ini...huhuhu
Oklah...sebenanrnya entry kali ini adalah throwback cerita2 lalu yang xsempat AA nak bagitahu kan...bukan ape..busy sangat..dengan kerja lagi study lagi...semua jadi kelam kabut..nak update blog pun xde masa dah..huhu

Baiklah..entry akli ni nk story sket mengenai trip ke Tasik Kenyir bersama team Kastam Kuala Lumpur bulan Oktober baru2 ni...
Sebenarnya nak melawat bebas cukai yang akan ditempatkan di Tasik Kenyir dan beramah mesra dengan penduduk setempat..

Lawatan ini 2 hari satu malam..kami berangkat dari Kastam KL ke Tasik Kenyir dengan menaiki bas..sangat memenatkan sebenarnya..yelah...dah lama kan xnaik bas...asyik naik kereta je kan...huhuhu
kat sane selepas taklimat2 dan taklimat gst, kami pun menaiki boathouse yang disewa...duduklah kami dalam boathouse 2..nampak best x..first time naik boathouse ni..hehehee


Inilah boathouse kami...huhuhu


Hari pertama kami bersiar-siar menaiki bot selepas 2 pg mandi air terjun..malam plak kami mulakan aktiviti memancing..aku n sape2 xmancing berkaroklah ramai2...hehhehe
Hari berikutnya,kami pg melawat kolam ikan kelah..ikan kat sini semua jinak2...sempat lagi bergambar dan beramah mesra dengan ikan2..jum lah tgk pic2 yang sempat aku upload ni..hehhee

Selamat Datang ke Santuari Kelah

bermandi-manda dengan ikan..huhhu

With my friend..=)

Mari-mari sape nak makan...hahhaa

Oppsss...terlepas plak..hehhee

with kak El...

Sabar-sabar...banyak makanan lagi ni...

Alamak..ikan nk melompat plak....

Meh sini,aku nk pegang kau ikan..hehee

Jambatan gantung...

Ramai x peminat saya..hahha

Sebenarnya sangat geli ikan gigit2..huhuhu


Ikan meronta-ronta...

Susahnya nak pegang ikan ni...

Jum massage kaki dulu..hehhee

Hentian 1

That's me...gemuk plak rasenya...hahhaa...=)